Jumaat.
Dua hari sudah berlalu. Aku etap takboleh nafikan betapa rindu nya aku terhadap dia.
Perlahan mata aku pejam.
,, masih dapat aku rasa sejuk bibir aku kucup dahi dan pipi nya. Macam tak percaya yang itu lah kali terakhir aku dapat cecahkan kulit aku dekat kulit nya.
Hari ni, satu hari, aku jalankan hidup aku yang biasa. Kadang-kadang aku gembira, ketawa, boleh di ajak bergurau. Tapi dalam masa yang sama, aku akan larikan minda aku, jauh terbayang dia. Dan seperti biasa, gambaran yang sama mucul.
aku. dia. tangan aku sentuh tangan dia. bibir aku cium dahi nya. sejuk.
gambaran sama.
Dan setiap kali tu juga lah air mata aku akan bertakung semula.
bila kembali pada rialiti, aku tersedar dan menelan air liur aku. basahkan tekak yang kering. Dalam masa yang sama, air mata yang bertakung tadi, hilang juga. Seolah-olah aku turut telan dia waktu telan air liur tadi.
,, Jam dah pukul 11.45, malam.
Terasa macam hari ni berlalu cepat sangat.
Hari ni ja aku dah membuang masa aku dengan tengok movie, banyak sangat.
Bride of Chucky
Seed of Chucky
Sini Ada Hantu
Speak
hmm,, tapi semua cerita yang aku tengok tu, macam tak memberi sebarang impak langsung. mungkin salah aku juga pasal setiap 15minit cerita, aku terbayang muka dia.
Tapi bukan salah aku untuk terbayangkan wajah orang yang aku paling sayang buat kali terakhir baring di sebelah aku, kaku. tidak bernyawa lagi . . kan?
..
..
Aku ingat lagi kaki aku melangkah masuk ke rumah atok sedara aku itu, , berjalan, setiap langkah aku, aku rasa penat. Mungkin pasal waktu tu pagi, belum subuh lagi. dan mungkin juga aku sedang mamai.
tapi kalau difikirkan mamai, dekat dalam kereta tadi pun aku dah banyak bercakap sendiri.
aku teringat waktu kawan aku cakap,
"Dia meninggal beautifully.."
.. waktu tu, aku tak boleh fikir apa. Aku faham maksud kawan aku yang mengatakan yang 'dia' meninggal dengan cara yang penuh indah iaitu sudah usia tua dan sebagainya. tapi,, bila aku fikirkan balik,, tidak..
Aku cuba bayangkan, , kalau kau memiliki iPad misalnya. iPad kau jatuh dari tingkat 5. Dan orang dari tingkat 1 ada tangkap video iPad kau pecah. dan kemudian video itu ditayangkan dengan cara slow-mo. Aku pasti ia suatu yang indah, cara iPad itu pecah. Tapi kenyataan nya, iPad kau, dah tak ada. Ini kan pula kalau manusia. Kalau iPad kau pecah, boleh beli lain, tapi manusia??
Berbalik kepada waktu aku melangkah masuk ke rumah atok sedara aku,,
aku mamai.
Masuk saja, aku toleh kiri, aku nampak sebuah katil, di atas nya, ada tubuh yang berbaring..
Kain yang menutupi tubuh itu disingkap. ..
Waktu tu,,
Hati aku ini, jantung aku ini,, bagaikan jatuh terus sampai ke lantai. baru itu aku sedar yang ini semua kenyataan..
Aku rapati tubuh tersebut, dan perlahan-lahan aku kucup dahi nya. sejuk. itu yang aku rasa. itu lah pertama kali aku kucup dahi nya yang sudah tidak bernyawa.
..
..
Aku ambil satu tempat, dan aku duduk kan diri aku. Dari jauh aku pandang,, sekejap-sekejap aku ternampak-nampak seolah-olah dia menggerakkan mata nya,, aku ternampak-nampak dada nya bergerak-gerak seolah-olah sedang bernafas. terus aku mengucap. kembali kepada rialiti ika, kembali kepada rialiti...
takziah ika. bawak bersabar key :)
ReplyDeleteTakziah ika .
ReplyDelete:)
ReplyDelete