30.9.11

perubahan yo-yo

seseorang tu, bila tima dia ada pasangan, dia hilang semua pemikiran dia. tapi bila dia melalui era "perpisahan" dia suddently become sooooo religious!

demm, not that I want to complain. bukan dosa benda ni, but, kenapa jadi macam tu tho?
cant you just stabil macam biasa?

ini bila break je jadi religious nak amat, tapi bila start bercinta balik, terus jadi liar amat. relax doh. serious adik, relax.

apa kata kalau setabil je. bercinta, kau jadi kau, dah break tu kau frust menongeng jap, pastu kau jadi diri kau balik jugak?

takpun kalau nak religious tu, ok, teruskan. tapi takyah dan-dan awal2 punya liar pastu tiba-tiba berceramah-ceramah agama bagai,,, bukan apa, pasal orang sekeliling tahu awak macam mana,, takut nanti bila awak dah start bercinta balik ke ape ke, kang awak berbalik kepada diri awak yang kitorang tahu, kang apa pulak orang cakap.. perubahan macam yo-yo. adik, tak best macam tu. serious.

Im not complaining, just, cakap. pasal macam pelik. serious.

saya bukan lah buta sangat. mak ayah penat ajar dulu, so memang tahu apa baik, apa buruk. but then, bila benda macam ni jadi,, i mean,, come on,, come on....

..

all that I'm trying to say here is that, you can change, but dont take it too extreme. jangan berubah mendadak secara tiba-tiba. tak kesah lah menjadi baik terus atau menjadi jahat terus. pasal, tidak siapa tahu samaada perubahan itu diri kita sendiri boleh terima atau tidak. like my ayah always say, "be yourself, only better. be different from other, but in a good way".. consistance. consistance. consistance tapi berubah kearah kebaikan sedikit demi sedikit. insyaAllah bende tu akan terus melekat dekat diri kita. benda macam ni cant force sayangs. apa-apa pun, sentiasa doa to Alla swt supaya Dia menjaga kita all thru kehidupan kita. Pasal tak siapa tahu perangai kita macammana di masa akan datang selain dari Dia. baik ke, jahat ke, Dia je yang tahu.

you know i love you sisters :)

29.9.11

cole mohr


ok, pandang,, pandang,, pandang.. pandang lama sikit.. sikit lagi,, ok dah jangan pandang dah!

itu Cole Mohr, atau nama melayu beliau, Khairul,, Mohar? yes, itu lah dia,, asal ada bunyi rapat-rapat sikit kan.

dia, saya punya..

(ye I tau dia gay, duhh, macam lah dapat pun. hish, salah pulak berangan.)

itu lah dia, post terkini,, COLE MOHR..

(yang benarnya, sekarang emosi tak seimbang. marah ni, marah.)

btw,

o btw,
saya tengah marah dekat awak yang mungkir janji.
thankyou. :)

saya benci

saya paling benci yang amat bila kawan tu time dia single, dia sangat lah baik, tapi bila dah ada girlfriend, dia terus menghilang macam Chicken Chop dari Chicken Mango yang diletakkan di atas meja, dihadapan saya. tak sampai 10 minit, selamat masuk ke dalam perut saya yang kelaparan.

kenapa lah awak jadi macam ni. benci lah. geram, benci lagi, geram lagi..

takpe, manusia itu lain-lain perangai nya. Q, bersabar. puhh puhhh

27.9.11

reality

the truth hurts. so, bad.

25.9.11

waktu part 3, dekat jebat.








































cuba cerita. macammana saya nak lupakan dia? cuba cerita?

wannurshafiqah beli BB!

omaigod!! memang takla kan...

but i did beli phone baru tho...pegi beli phone semalam.  memandangkan phone lama rosak, satu tu USB cable dia rosak, so takleh charge. satu tu battery dah kembung,, satu tu kalau orang call saya boleh dengar, tapi orang tak dgr saya.. yes. tiga phone dalam satu semester. hebat tak hebat u'olls?

anyway,, rasa macam bangga sangat dapat beli phone. walaupun harga rm85. sorry, takmampu lah nak bb bagai. so pagi tadi dengan penuh rasa hormat, excited cari, "dimanakah kehebatan kau handphone baru?". pstu dapat tau hp ni boleh cakap waktu!!!! dengan ada torcelight.

kembang jap hidun :8) bb ade camtu? ade? ade torcelight? ade? bb torce tau la, tpi ada torce light? hmmmmmmmmm mungkin tidak.

anyway, then tetiba ada uncle yang begitu baik hati bagitau yang hp tu patut nya harga dia rm60 je sekarang. so sekarang rasa macam low balik.


ok bye.

first kene tipu, second, rugi rm35 ringgit yang boleh beli 15 bungkus nasi lemak. damn. and sesetengah nasi lemak tu siap boleh ada ayam goreng. and kalau nak mintak sambal kerang pun boleh (tapi i tak makan kerang, tapi takpe, i baik hati, i bagi kawan i makn kerang tu).. anyway, emosi sekarang,
hampa.
bye.

17.9.11

Patience



I BEEN WALKIN' THE STREETS AT NIGHT,
JUST TRYIN' TO GET IT RIGHT,
HARD TO SEE WITH SO MANY AROUND,
YOU KNOW I DON'T LIKE,
BEING STUCK IN THE CROWD.
AND THE STREETS DON'T CHANGE,
BUT BABY THE NAME.
I AIN'T GOT TIME FOR THE GAME,
'CAUSE I NEED YOU.
YEAH, YEAH, BUT I NEED YOU.
OO, I NEED YOU.
WHOA, I NEED YOU.
OO, ALL THIS TIME..

16.9.11

kisah aku dan dia (ricky martin dan baju nya di dalam video ini. takboleh serupa lagi ke ricky?)


sedang saya usha youtube, tiba-tiba terasa macam nak tengok video ricky martin,, untuk menghilangkan segala keresahan, as we alllll know ricky martins songs mostly memang buat you shake what your mama gave yah! ahha, no denial to that my friend. i understands completely..

and suddently rasa macam nak dengar lagu yang dia nyanyi dengan christina aguilera.
and yeap, damn.

lagu tu lagu slow kan, so yea..
ricky baby,, kau dengan lagu kau tu,, dengan situasi aku, memang kene SANGAT.. situasi aku je lah tapi, pasal aku yang tengah lonely kan,, well he aint lonely OVER there huney,, um um (bunyi mcm nigga pompuan,, siap dengan jari2 skali)

and yang best a.k.a TAK TAHAN tu,, baju yang kau pakai tu ricky martin..
baju kau tu,,
memang takboleh nak sama lagi ke ricky, tak boleh lagi kee??

haha.. anyway guys,, do enjoy the song.. and together we pray ricky to be straight again so that I would at least have a chance to be with him and marry him and change his name to Muhd Razin Mansor or something like that, and have three babies name Mawar Razin, Melur Razin and Orkid Razin. i like.. and lemme tell you guys one thing,, they will look super hot, i mean come onn,, badan emak nya,, hidung bapak nya,, like serious lah korang,,perlu explain lagi keee,, come on.. haha, jk jk.. and yea, ricky memang dah ada anak lelaki dua orang untuk first marriage dia, yea,, so 2 boys= muke memang matsalih, 3 girls=kacukan matsalih dgn prmpuan minang sejati,, lets just said dalam 20tahun akan datang everyday rumah I sesak pasal orang skodeng anak-anak lelaki dan perempuan I. oh,, indah nyaaaaa berangan.

(damn perasan.) haha

anyway,, enjoy :)

10.9.11

kisah aku dan dia ( masih terasa )

ingat kan ok,, tapi tak boleh ok jugak.. . ya Allah,, tolong lah aku yang sudah penat menangis ini..

8.9.11

kisah aku dan dia ( pilihan dia semua nya kini )

there might be thousands of Ika in the world,, but theres only one Wan Nur Shafiqah Wan Zulkifli.

7.9.11

kisah aku dan dia ( satu episode selepas segalanya tamat )

saya cuba ingatkan balik kisah manis.

setelah hati ni dipaksa untuk membenci, tapi memang tak boleh nafi yang hati ni tak pernah kering untuk sayang dekat @. nak buat macam mana, dah memang tak boleh.

sebelum ke kelas pagi tadi, bersiap2 depan cermin. bila sampai waktu, nak ambil barang di dalam almari. almari di buka, sehelai baju oren kelihatan tergantung.

saya tak boleh mengelak daripada menyentuh baju tersebut. memandang baju yang kini berada di dalam almari, kaku tergantung. cuba mengingatkan masa ianya berada di bahagian tempat duduk pemandu kereta.

sambil memegang baju tu, saya pandang ke bawah. kosong.

macam takpercaya yang semuanya telah kosong antara kami. walaubagaimanapun, dalam kosong itu, ada sedikit lagi cebisan hati saya yang masih lagi,, sayangkan diri nya.

biarlah walau macam mana pun dia jadi, biarlah orang lain sibuk menyuruh saya lupakan diri nya, tapi, fakta yang ada sekarang, saya betul-betul tengah mencuba, dan ini bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa satu malam.

orang yang melihat saya seringkali mengatakan yang tindak tanduk saya memang tak sepatutnya dilakukan langsung. satu demi satu menyuruh saya,, Move on lah Ika, move on.. Well guess what, ini lah cara saya move on..

tak ada apa yang boleh dilakukan lagi, semuanya telah berakhir. kini semuanya telah kosong bagi diri nya.

6.9.11

kisah aku dan dia ( mungkin pengakhiran nya begini )

mampu ke saya.. tuhan je tau macam mana hati ni sekarang. serious. hehh..


dah lah ika,, masa untuk redha dengan apa yang jadi sudah tiba. sampai bila awak nak terus termenung macam ni.

5.9.11

kisah aku dan dia ( adakah ini pengakhiran semua nya)

realiti nya, saya rindu dia. saya cinta dia. saya sayang dia.

saya sedar yang pertama cinta saya pada Allah swt, yang kedua cinta saya kepada Rasul, yang ketiga cinta saya pada ahli keluarga, yang keempat,, biasa nya say tinggalkan kosong.


tapi semenjak bersama @, yang keempat itu, adalah diri nya.. pasangkan saya pada kerisu ujikaji tahap kebenaran kata-kata, saya berani duduk, saya berani, kerana apa yang saya cakap kan ini, benar-benar semua nya. saya cinta dia, mungkin , dia tidak nampak.

mungkin dia ragu-ragu, mungkin dia terlalu sedih dengan apa yang terjadi, mungkin, ini pengakhiran kisah kami berdua, atau mungkin ini permulaan kisah baru kami berdua, Allah swt yang maha mengetahui. tapi yang mampu saya cakapkan sekarang,, saya cinta dia. cinta dia.

tidak pernah sekali curang, tidak pernah sekali tergoda dengan orang lain, tidak pernah sekali menyesal dengan diri nya, saya cinta dia.

saya terima dia seadanya, biar pun pernah banyak kali saya meragam dengan sikap nya yang sedikit kasar, tapi saya terima dia seadanya, kerana memang dia yang mampu buat saya senyum tanpa berbuat apa-apa.

teringat sewaktu berada didalam kereta dengan nya, saya melihat dia ketawa daripada sebelah tempat duduk pemandu, melihat dia menyanyi sekuat hati didalam kereta sambil ketawa dengan karenah dia. dengan dia juga lah saya jadi lain, dengan dia saya jadi diri saya yang sebenar.

dia sahabat karib saya, dia pasangan saya, dua dalam satu. adakah dia akan hanya jadi sebuah kenangan? Allah swt sahaja yang tahu..


saya, rindu dia.

kisah aku dan dia ( ayat yang pertama )

sudah lama tidak menulis belog. belog saya yang dari dulu nya penuh dengan perkara-perkara bodoh yang saya pernah laku kan, kini jadi lebih serious dan lebih kepada penulisan. mungkin kerana saya yang meningkat dewasa, mungkin kerana faktor lain. tapi apa yang penting kini, suatu kisah dari secebis kehidupan saya yang akan saya ceritakan ,, kepada dunia.

kisah aku dan dia.

semuanya bermula, di sebuah cafe.. di situ saya duduk bersama dua orang teman, hendak membeli makanan untuk mengisi perut yang lapar, ingin membasahkan tekak yang dahaga. di situ juga,, saya jumpa, dia. saya pernah dengar pasal dia, bila salah seorang teman saya pernah menyampaikan salah nya kepada saya, namun tidak pernah berkesempatan untuk bersua muka.

berbalik kepada situasi di cafe, saya disergah oleh teman saya yang mengatakan "itu lah dia @ yang kirim salam dekat awak hari tu".. di situ dia berdiri di kaunter cafe, sambil menoleh sebentar kearah saya, berpakaian kemeja ungu, lengan panjang nya di lipat sampai ke siku, seluar hitam, segak berkasut kulit. kacak. saya melihat dia sambil tersenyum. terasa sedikit hati ini gembira, makhlum lah, pada masa itu saya baru sahaja tiga bulan berpisah dengan pasangan yang lepas, jadi serpihan yang hancur masih lagi terlekat di siluk belok urat yang mengelilingi jantung.

begitu kuat ayat saya lah gamak nye ye. takpernah guna ayat macam tu hmhm:)

tapi betul, perkara yang kecik macam tu buat saya tersenyum. tak boleh nak nafikan yang bercerita tentang perkara yang jadi itu pun sudah cukup untuk buat saya yang menaip ini tersenyum juga..

saya mengalihkan pandangan ke tempat lain, namun salah seorang teman saya yang sudah tidak tahan dengan kelaparan, terus menarik tangan saya mengajak saya ke kaunter untuk melihat sama ada makanan yang dipesan sudah sedia atau tidak.

dengan sedikit malu, saya tetap mengikut. di kaunter itu saya ternampak dia yang berdiri hanya satu kaki dari tempat saya berdiri. terlihat sedikit rasa malu dimukanya dan saya juga berdoa supaya perasaan malu saya tidak dapat dilihat oleh nya. lalu terus teman saya menyapa "ha, ika,, ini @,, @ ini ika" kata nya penuh riang sambil mengangkat-angkat kening. ternampak wajah nakal nya yang memang sengaja aja nak kami berdua berjumpa.

saya terus berkata 'hai' kepada dia, namun pada pada mulanya dia cuma tersenyum dan perpusing kearah lain. pelik dengan tindakan dia, saya terus menegur teman saya dengan mengatakan "are you sure dia yang kirim salam dekat i? sombong je, tak cakap pun hi balik?".. kemudian kawan saya menyapa perbuatan dia dan dia terus dengan kelangkabut berkata 'hi,, oo sorry tak perasan'.. haha..

pelik sungguh kelakuan dia.

saya kemudian terus pergi ke kedai sebelah dengan niat untuk membeli top up handphone yang sudah habis.. sesampai sahaja saya di dalam kedai tersebut, tidak sampai beberapa minit, ternampak kelibat @ yang kelang kabut masuk ke kedai itu juga. dia memandang saya, sambil tersenyum..


disitu, dia, saya, dan tuan kedai,, sambil menunggu tuan kedai mengambil topup, saya ternampak dari ekor mata saya tingkah laku @ yang seperti serba tidak kena.. dia nampak risau, kalangkabut, pelik juga bila nampak orang macam tu. "mmm,, mmmm" itu je lah yang keluar dari mulut dia. entah apa lah yang dia nak perkatakan sebenarnya, pelik.. dalam hati saya sudah berkata "mamat ni, kalau nak beli barang, beli je lah. ape yang susah beno nye?..".. .. terus lepas itu tuan kedai menghulurkan top up maxis kepada saya, dan terus terdengar perkataan dari dia,, "pakcik, choki-choki berapa?"

pelik dengan soalan begitu,  ekor mata saya terus memangdang ke balang coklat choki-choki yang di pegangnya,, yang pelik nya, di balang tersebut ada terletak tanda harga coklat tersebut...

saya keluar dari kedai itu dengan perasaan yang pelik sangat. pelik dan kelakar dalam masa yang sama. hendak di gelak, macam tidak sopan, saya hanya mampu menahan tawa saya.

sesampai saya di meja duduk kawan saya, saya melihat @ beredar dengan kawan-kawan nya, tidak lama kemudian, teman saya menunjukkan talifon ditangan nya, suatu message berbunyi "lawa kawan you, kenyang perut i tengok",, tidak pasti betul atau tidak ayat nya begitu, tapi lebih kurang la.. :)

saya balik ke bilik dengan muka yang tersenyum,, sambil menceritakan perkara yang berlaku kepada rakan sebilik. riuh rendah dengan ketawa apa bila saya menceritakan kisah choki-choki itu kepada mereka..