saya cuba ingatkan balik kisah manis.
setelah hati ni dipaksa untuk membenci, tapi memang tak boleh nafi yang hati ni tak pernah kering untuk sayang dekat @. nak buat macam mana, dah memang tak boleh.
sebelum ke kelas pagi tadi, bersiap2 depan cermin. bila sampai waktu, nak ambil barang di dalam almari. almari di buka, sehelai baju oren kelihatan tergantung.
saya tak boleh mengelak daripada menyentuh baju tersebut. memandang baju yang kini berada di dalam almari, kaku tergantung. cuba mengingatkan masa ianya berada di bahagian tempat duduk pemandu kereta.
sambil memegang baju tu, saya pandang ke bawah. kosong.
macam takpercaya yang semuanya telah kosong antara kami. walaubagaimanapun, dalam kosong itu, ada sedikit lagi cebisan hati saya yang masih lagi,, sayangkan diri nya.
biarlah walau macam mana pun dia jadi, biarlah orang lain sibuk menyuruh saya lupakan diri nya, tapi, fakta yang ada sekarang, saya betul-betul tengah mencuba, dan ini bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa satu malam.
orang yang melihat saya seringkali mengatakan yang tindak tanduk saya memang tak sepatutnya dilakukan langsung. satu demi satu menyuruh saya,, Move on lah Ika, move on.. Well guess what, ini lah cara saya move on..
tak ada apa yang boleh dilakukan lagi, semuanya telah berakhir. kini semuanya telah kosong bagi diri nya.
No comments:
Post a Comment