Salam.
Hari ini, kita akan bercakap tentang,, UNKNOWN NUMBER.
So yea, unknown number. Apakah unknown number? Unknown number ialah nombor yang tidak diketahui. And no, saya tidak bercakap pasal mathematics ok, memang taklah kan budak Fine Art nak cakap pasal math.
Anyway, unknown number yang saya maksud kan ialah, nombor yang kita tak kenal message handphone kita atau pun call handphone kita.
Yea, unknown number yang macam tu.
Apa yang saya perasan, ada banyak jenis orang kat dalam dunia ni yang akan beriaksi secara berbeza terhadap unknown number.
1)Ada yang kalau unknown number tu call atau message, dia akan angkat dan layan segala message unknown number tersebut. And kadang-kadang ada juga yang sebok melayan sampai satu tahap tu boleh jadi kawan, siap tukar-tukar gambar.
(kepada orang yang macam ni, saya nak kata, “Kau, dengan alam kau, ‘boleh pergi jauh!’ “)
2)Dan ada juga yang kalau ada unknown number message, dia tak balas, tapi kalau unknown number tu call, dia akan jawab.
(kebiasaannya golongan yang macam ni ramai)
3)Ada jugak yang kalau unknown number tu call ke, message ke, memang tak akan balas message dia atau pun angkat call.
(di zaman sekarang ni, memang amat sedikit orang yang macam ni. Aku pun tak tahu apasal.)
4)Ada juga yang macam,, ,, ikut mood dia lah nak angkat ke, nak balas ke.
Kalau di ikutkan, , saya yang ke-4. But then, chances for me to pick up calls or reply messages from unknown number adalah,, 1/20. Seriously. And yang 1/20 tu punya balas pun bukan nya melayan, kebiasaan nya dia macam ni ,
“Yea, I don’t know you. Bye.”
Sebagai contoh nya, kalau org bagi message, “Hi : )”
Then apa yang saya balas, ialah seperti ayat diatas,, “Yea, I don’t know you. Bye.”
Atau pun dia cakap, “Hey you. I nampak you hari tu dengan kawan-kawan you.”
And again, saya akan balas, “Yea, I don’t know you. Bye.”
After that message, saya dah tak balas apa-apa dah. Sorry.
Saya bukan nya nak jadi jahat kea pa ke, but,, come on, it my handphone and my credit so, saya ada hak nak balas message siapa dan nak buat apa pun. Tak macam tu? And plus, kalau dah memang saya tak kenal, buat apa nak layan kan?? Do consider yourself as lucky kalau I balas you message macam ni, “Yea, I don’t know you. Bye.”. seriously, pasal biasanya saya ignore message dari unknown number.
But then, ada juga perkara yang saya tak faham,, bila orang melayan message dari unknown number mengalahkan layan message dari bestfriend or boyfriend or girlfriend.. are you crazy? Adakah minda anda berada pada tempat yang betul??? Kau sedar tak yang kau tengah message dengan orang yang you barely even tahu siapakah diri dia.. haih,, yang tak boleh nak cakap tu bila sampai satu tahap tu, baru berapa kali message, dah siap tukar-tukar gambar.. Wei, awak dah tak cukup kawan dekat depan mata keee?? Hai hai haii.. pelik lah. Serious pelik..
Ok, cukup mencaci.
Dan, selain daripada unknown number untuk message, saya juga jenis pemalas nak melayan unknown number bila call. Kebiasaannya, kalau ada unknown number yang call, aksi saya secara biasa nya berlaku macam ini.
1) Tengok screen phone.
2) Tunggu 5 saat.
3) Tekan butang ‘silent’.
Yes. Itu lah dia. Saya bukan lah orang yang jenis tekan ‘reject call’ ‘reject call’ but then, itu lah yang saya buat. Tapiii,, tidak lagi sekarang. Haha. Ini semua gara-gara handphone saya yang awesome ni dia dah macam hamper-hampir nazak, so, hari tu habis dia tiba-tiba terformat sendiri, semua nombor talifon hilang. Ciss. So,, terpaksa lah jugak angkat unkwon number punya calls, mana lah tau, kot-kot maklong saya ke yang call, mak lang ke.. kan.. Mana lah tahu.
But then, saya masih lagi agak strict dalam bab menjawab talifon. Contoih yang paling dekat, ialah, pada hari khamis lepas. Al kisah nya ada orang dari ****** call phone saya dengan nombor private.
(talifon diangkat,,)
Saya: .. .. .. .. ..
Orang tersebut: .. .. .. Aa,, Hello ..
Saya: Ye saya.. ..
Orang tersebut: Aaa,, boleh saya bercakap dengan Cik, Wan Nur Shafiq?
Saya: Aa, sorry lah, salah nombor.. ..
Orang tersebut: Oh ye? Oh, sorry a, sorry..
(tup,, panggilan dipadam)
Yes, sampai begitu lah strict saya.. .. 30 saat kemudian orang yang sama call saya dan menyebutkan nama saya dengan sempurna. Hmmm,, pandai : )
The main point for this entri is basically for those yang kenal saya atau pernah call saya tapi saya tak jawap atau pernah message saya tapi dibalas macam tu sekali,, kat sini, saya nak minta maaf sangat-sangat.. Nexttime, kalau anda yang kenal saya ini mahu contact saya melalui phone, sila-sila lah bermessage dengan tatatertib yang sempurna seperti;
“Hi IKA! Ni shila lah,, kita pernah satu kelas drama dulu :D”
Or,
“Hoi pompuan, ni aku lah, Peah yang jiran kau kat kampong dulu. Kite BFFF dulu, slalu maen masak-masak kat buaian kat rumah nenek kau. Kau lupe ke?”
See, yang jenis-jenis diatas tu, saya terima. Well, atleast, introduce yourself first lah kan. Kira nya bagitahu lah, macam mana you boleh kenal I ke kan, you baca blog I ke, or kawan kat facebook I ke, pernah satu kelas ke, jiran kat rumah I ke, jiran kat kampong I dengan Peah tu ke kann.. Atleast bagitahu macam tu pun dah cukup. Memang akan lah saya melayan anda: D
Bukan apa, kan dah bannnyak kes yang bukan-bukan berlaku sekarang, jadi, privacy tu amat lah penting. Kepada anda-anda yang tidak memprivatekan facebook anda dan sebagai nya itu, meh lah saya sarankan anda berbuat demikian. Demi keselamatan anda dan FAAAAMILYYYYYYY~~
;D
No comments:
Post a Comment