Sekarang ni, Zaman ini, dah agak pelik kan?
Makin lama, makin terasa,, macam,, sesuatu.
suatu topik yang Saya takpernah nak bincangkan di belog,, tapi terungkap juga.
apa benda yang pelik tu?
1) Cinta sama jantina itu, seolah-olah sesuatu yang normal.
agak susah nak cakap pasal benda ni pasal saya sendiri mengaku ada dikalangan kawan saya yang macam ni. Tidak menyokong tindakan mereka, cuma hanya mampu menolehkan pandangan. Dah tak malu. Kalau seboleh nya memang nak ditunjukkan pada satu dunia yang si polan tu bahagia bersama si polan yang sama jantina dengan dia. Dah macam normal. Kami yang melihat ni rasa macam,, "kenapa sampai macam tu? Kenapa jadi macam ni?".. Dan yang terasa tu bila isu yang ini dipercakapkan sesama kawan saya, ada yang diantara mereka lagi memenangkan mereka yang gay/lesbian ni. "A'ah, diorang gay", "you tak tau ke, diorang lesbian" "ala, biarlah, bukan nya dia salah pun." "oh, malam ni dia nak bawa boyfriend dia tidur rumah." "awww,, comel nya korang berdua ni,, awww" .. .. Apa yang korang expect dari aku bila korang cakap macam tu? korang expect aku pun ikut korang juga cakap,, "aww,, a'ah lahh, korang sweet sangat,, ~~~" "oo,, boleh, takde hallah dia nak bawa gf dia tidur rumah ni, lagi pun, boyfriend dia tu kan pompuan jugak.." "a'ah kan,, mana ada salah pun,, ala,, lesbian/gay je,, tak murka lah Allah tu pasal benda macam ni." ..
Aku bukan nya baik pun. aku pun sedar, aku ada buat salah. Tapi bila benda ni meluas sampai semua orang rasa benda ni normal, aku rasa pelik juga lah, macam mana fikiran diorang ni?..
2) Melayu nak jadi OMPUTIH~
Yang ini pun lagi satu. Baby shower, Christmas party, Bachelor Party, Hens Party, Thanksgiving. Apa kejadah bende-bende tu?? tolong lah.. Kalau dulu masing-masing nak sambut Valentine's Day konon,, itu satu lah kan, gejala yang amat lah pelik lah aku tengok. Tapi sekarang yang ada pergi sambut Christmas party lah,, Baby shower lah bagai,, ,, .. Kang kalau cakap lebih kang, malas pulak kan. Bukan lah family I ni baik mana pun, memang tak nafi, ada didalam family I sendiri buat macam ni, tapi I tak pernah setuju lah dengan semua ni. Baby shower: kalau melayu punya dipanggil Lenggang perut. Cehh,, time dulu orang semua kata "mana buleh lenggang perut tu,, itu dosa tu,, tak boleh.. Abes baby shower ni boleh pulak lah kan kau? boleh? .. Ok lah,, baby shower tu ok lagi lah , kira minor lah k.. Yang ni, Christmas party: KEJADAH nya kau sambut christmas.. kau nak sangat kee?? Kalau kata kau ni anak mualaf ke, ape ke, faham lah,, tapi nenek, atok, mak, bapak kau sume nye melayu. ni lah nama nya pengaruh kan.. And malas nak cakap jugak, tapi yang banyak mengorganize Christmas party tu semua stok umur dah macam mak aku. 40 tahun lebih. Aku malaas lah kan, umur aku baru nak masuk 20tahun.. .. Bachelor and Hens Party; ini lagi best! esok nak kahwin kan,, malam ni kita party habis-habis dulu~~ yang lelaki party lah dengan perempuan-perempuan semua,, last day kann,, lepas ni kau dah ada bini nanti kau memang dah takde lah nak menggatal~ kan dah buat Bachelors party tu,,,~~~ Ala,, toksahlahh~ Mak nenek moyang aku dulu takde nye nak berbachelor-hens party ni,, alhamdulillah je perkahwinan diorang sampai mati pun sama-sama je, takde cerai berai nye~.. Kalau kau buat pun lah bachelor/hens party tu, memang tak menjamin kau hidup sama-sama sampai mati lahh,, tak jaminn~ lagi tambah dosa kau. Pastu apa lagi aku nak bebel ni,, oh,, Thanksgiving~ PERGH! thanksgiving lah weiii~~~ thanksgiving~~ malam ni kene balik awal,, kene ada makan-makan dengan family,, thnksgiving kan~~ alaaahai! Kau daripada kau pasang niat macam tu, baik kau nanti bulan puasa, kau duduk masjid, semayang tarawikh full 20rakaat semua nya. ADA gak paedah nya daripada kau balik rumah sambut thanksgiving yang dah sah-sah bukan sambutan agama kan. faham?..
... ... ....
Baru dua,, sebenarnya banyaklagi yang nak tulis. tapi, bila fikirkan balik, dengan aku menulis macam ni, ia tidak merubah apa-apa pun keadaan. Semua nya akan tetap berjalan seperti biasa. Tapi, aku berharap supaya Allah menerangi hati, dan menunjukkan jalan yang benar untuk kita semua termasuk aku. Aku menaip bukan membenci, aku menaip kerana sayang. Kira nya ada yang terbaca belog ini, dan berasa amarah terhadap aku, aku redha, tapi, aku harap juga Allah patahkan kemarahan kau untuk aku, dan fikir balik kenapa harus kau marah aku, adakah kau salah seorang daripada orang yang aku tulis kat atas tu? ..
Moga Allah berikan hidayah untuk kita semua.
(maaf entri kali ni penuh kemarahan. aku kecewa sekejap.)
ok jew.... xde pe2
ReplyDelete